Monday, November 21, 2011

Penjodoh Bilangan


Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang
menunjukkan jumlah atau bilangan.

Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang,
buah, ekor, orang, dan sebagainya.

Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti
yang berikut:



Penjodoh Bilangan
Penggunaannya
Contohnya
angkatan
untuk sekumpulan manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
baris
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
mata kail, subang, cincin
berkas
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
kunci, lidi, kayu
bidang
untuk benda-benda yang terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah
untuk benda-benda yang tajam
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku
untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
sabun, roti, benang
butir
untuk benda-benda yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis
untuk benda-benda yang dikoyakkan
kertas, kain
cubit
untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
garam, gula, kunyit
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
das
untuk bunyi letupan atau tembakan
meriam, pistol, senapang
deret
untuk benda-benda yang tersusun
bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor
untuk semua jenis binatang
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam
untuk benda-benda yang digenggam
pasir, beras, padi
gugus
untuk buah-buah ataupun benda
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung
untuk benda-benda yang bergulung
filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat
untuk benda-benda yang diikat
kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris
untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil
bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga, kunci
kaki
untuk benda-benda yang bertangkai
payung, cendawan, bungs
kawan
untuk kumpulan haiwan
lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok
untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
burung, awan, pulau, bintang
kepal
untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
nasi, pulut, tanah
keping
untuk benda-benda yang nipis atau pipih
roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat
untuk bahagian benda-benda yang dipotong
roti, tiang
Ketul
untuk benda-benda yang berketul dan padu
ais, daging, tulang, sabun, roti
Kotak
untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak
mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntum
untuk bungs
mawar, melati, anggerik
Laras
untuk senjata api
pistol, senapang, meriam
lembar
benda-benda yang lurus dan panjang
kertas, dawai, benang
longgok
untuk benda-benda yang berada dalam longgokan
durian, pakaian, tanah, cili
naskhah
untuk bahan bacaan yang berjilid
surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang
untuk manusia
guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
coklat, petai, mercun
pasang
untuk benda dan manusia yang berpasangan
pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsa
untuk bahagian dalam buah
durian
pasukan
untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam
pemain kompang, polis, tentera pengakap
patah
untuk kata
perkataan, kata-kata
potong
untuk benda-benda yang sudah dipotong
kuih, daging, roti
pucuk
untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntung
untuk sebahagian benda yang masih menyala
rokok, bara, kayu api
rangkap
untuk puisi
pantun, sajak, syair
rawan
untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat
jala, jaring, pukat
ruas
untuk benda yang beruas-ruas
tebu, buluh
rumpun
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir
untuk buah pisang
pisang
tandan
untuk buah-buahan yang bertandan
pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik
untuk cecair yang menitis
air, darah, dakwat, embun
tongkol
untuk buah yang bertongkol
jagung
ulas
untuk isi buah-buahan yang berpangsa
durian, limau, nangka, cempedak
urat
untuk benda-benda yang halus dan panjang
rambut, benang, dawai,
utas
untuk benda-benda yang panjang
tali, dawai, rantai

Kata Seru


  1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
  2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
  3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
  4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai
untuk menyatakan perasaan sedih
Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah
untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah
untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum
1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih
untuk menyatakan perasaan marah dan benci
1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
eh
untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai
untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!

Contoh lain kata seru dan ayat


Kata Seru
maksud
Contoh ayat
wahai
menyatakan perasaan sayang atau merayu
Wahai adik ku sayang !
amboi
menunjukkan perasaan kagum
Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai
 
Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah
 
Nah, terimalah habuanmu !
aduh
perasaan sakit
Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah
perasaan hairan
Wan, cantiknya merak ini !
ceh
 
Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah
marah
Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis
marah atau jijik
Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh
terkejut hairan, gembira atau mengharap
Oh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
eh
hairan
Eh, bila ia terjadi !
syabas
gembira, puas, memuji atau ucap tahniah
Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahai
menghina
Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak
terkejut
Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha
hairan
Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah
terkejut
Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah
hairan atau marah
Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

Tanda Baca



  1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
  2. Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
  3. Tanda baca utama ialah :
    Tanda Noktah atau titik ( . )
    Tanda koma ( , )
    Tanda tanya atau soal ( ? )
    Tanda seruan ( ! )
    Tanda sempang atau sengkang ( - )
    Tanda noktah bertindih ( : )
    Tanda pengikat kata atau petik ( "..." )

Huruf Besar


Penggunaan
Contoh ayat
a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.

  1. Rumah itu di atas bukit.
  2. Persembahan itu belum tamat.
b) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.

  1. "Adik kamu mana ?"tanya Jamil.
  2. Abang bertanya, "Betulkah awak tidak mahu pergi?"
c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah

  1. Yang Maha Pengasih,
  2. Ampunilah hamba-mu.
  3. Semoga Engkau menerima doa kami.
d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang

  1. Haji Abdul Ghabur
  2. Nabi Muhamad S.A.W
e) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang

  1. Profesor Ahmad Hashim
  2. Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar
f) digunakan diawal nama khas

  1. Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara
g) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa

  1. bangsa Melayu
  2. orang Minangkabau
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung

  1. Lembaga Urusan Tabung Haji
  2. Dewan Bahasa dan Pustaka
  3. Semenajung Tanah Melayu

Tanda Titik atau noktah.

Tanda titik digunakan...
Contohnya
(a) pada akhir ayat yang bukan pertanyaan atau seruan

  1. Kereta ini baru dibeli.
  2. Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
(b) pada akhir singkatan nama orang

  1. Y.A.B. (Yang Amat Berhormat)
  2. En. (Encik)
(c) sebelum tanda penutup kata (")
dalam cakap ajuk

  1. Kata kakak, "Bunga itu sudah layu."
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan

  1. 5.4, 30.2, 1 19.8

Tanda Koma (,)

Tanda koma digunakan...
Contohnya
(a) bagi mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat

  1. Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
  2. Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.
(b) di belakang kata seru

  1. Amboi, merahnya baju kamu !
  2. Eh, Azmi rupanya !
(c) untuk menandakan tempat berhenti sebentar.

  1. Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.
(d) di belakang kata penghubung pada awal ayat

  1. ... Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
  2. ... Jadi, awak tidak mengaku bersalah?
(e) untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza

  1. Rumah itu besar, tetapi tidak cantik.
  2. Katakan saya ke bandar, jika dia datang.
(f) sebelum tanda pembuka kata (") dan penutup kata (") dalam cakap ajuk

  1. Ravi berkata, "Ini suratnya, encik."
  2. "Terima kasih," jawab Encik Abu.

Tanda Tanya (?)

Tanda tanya digunakan...
Contohnya
(a) pada akhir ayat tanya

  1. Bilakah adik kamu akan bersekolah?
(b) pada akhir ayat tanya sebelum
tanda penutup kata (")

  1. "Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy.


Tanda Seru (!)

Tanda seru digunakan...
Contohnya
(a) sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat

  1. Wah, perbuatan awak sudah melampau!
  2. Siapkan kerja itu segera!



Tanda Titik Bertindih (:)

Tanda titik bertindih digunakan...
Contohnya
(a) pada akhir sesuatu penyataan
apabila diikuti oleh rangkaian

  1. Barang-barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul
(b) untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu

  1. Tarikh: 3 April 2000
  2. Masa: 2.00 petang
  3. Tempat: Bilik Gerakan

Tanda Koma Bertitik (;)

Tanda koma bertitik digunakan
Contohnya
(a) untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara

  1. Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
(b) pada baris pertama pantun dua erat

  1. Ada ubi ada batas;
    Ada budi ada balas.
(c) pada baris kedua pantun empat kerat

  1. Kalau ada jarum patah,
    Jangan disimpan di dalam peti;
    Kalau ada silap dan salah,
    Jangan disimpan di dalam hati.

Tanda Sempang (-)

Tanda sempang digunakan...
Contohnya
(a) untuk menyambungkan kata yang diulang dan kata ganda

  1. murid-murid, riuh-rendah
(b) untuk merangkaikan:

  1. se- dengan kata yang berikutnya yang dimulai dengan huruf besar
  2. ke- dengan angka
  3. angka dengan -an

  1. se-Malaysia, se-Tanah Melayu
  2. kali yang ke-10
  3. tahun 1960-an
(c) memisahkan huruf kecil daripada huruf besar

  1. rahmat-Mu, hamba-Nya,
  2. sinar-X

Tanda Petik ("...")

Tanda petik digunakan
Contohnya
(a) untuk mengapit petikan langsung

  1. "Saya belum makan ibu," kata adik.
(b) pada jadual rencana, karangan, novel, puisi, dan sebagainya

  1. Novel "Esok Masih Ada" memenangi hadiah pertama.




Ringkasan
Contoh ayat
Huruf Besar

  1. Digunakan pada permulaan sesuatu ayat atau selepas tanda noktah.
  2. Digunakan untuk menulis Kata Nama Khas
  3. Digunakan pada awal menulis cakap ajuk dan selepas tanda tanya dalam ikatan cakap ajuk.
  4. Digunakan selepas tanda seruan.


  1. Ibu memasak nasi.
  2. Tan seorang budak yang pemalu. Dia baru pindah ke sini.
  3. Amin, ketua Kelas Enam Mawar baru balik dari kampungnya di Dungun.
  4. Ahmad membaca buku bertajuk "Bukit Rahsia" yang ditulis oleh Idris Rahman.
  5. Dengan lantang ibu berkata "Bangun, kamu sudah terlewat ke sekolah."
  6. "Bilakah awak hendak ke pekan ? Hari inikah ? tanya Burhan.
  7. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia membelinya ?
Tanda noktah atau titik ( .)

  1. Digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat yangbukan seruan atau pertanyaan.
  2. Digunakan untuk menulis huruf ringkas atau kependekan.

  1. Dia baru pulang dari sekolah.
  2. Kami melawat R.T.M.
  3. Bapanya dianugerahkan pingat P.J.K. oleh Sultan Terengganu.
Tanda koma ( , )

  1. Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang sama dalam sesuatu ayat
  2. Digunakan selepas kata seruan.
  3. Digunakan untuk memisahkan cakap ajuk daripada bahagian lain dalam ayat.
  4. Digunakan di belakang pada kata penghubung pada awal ayat.

  1. Abang pergi ke kedai membeli tepung, gula, bawang, biskut, roti , dan susu.
  2. Wah, bijak betul budak itu !
  3. Cikgu Asrul berkata, "Tolong ambilkan buku kuning itu."
  4. "Biarkan dia lakukan sendiri kerja itu,"pesan ibu.
  5. Oleh itu, kita mesti bertindak dari sekarang.
  6. Jadi, dia pun lari dari situ.
Tanda Tanya atau soal ( ? )

  1. Digunakan untuk menamatkan ayat soal.

  1. Pukul berapa dia pergi ke sana ?
Tanda Seruan ( ! )

  1. Digunakan di hujung ayat-ayat seruan.

  1. Oh, awak rupanya yang mengetuk pintu tadi !
  2. Eh, bila kamu sampai !
Tanda Sempang atau Sengkang ( - )

  1. Digunakan untuk menulis kata ganda.
  2. Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar.
  3. Digunakan untuk merangkaikan awalan ke depan angka atau nombor.
  4. Digunakan untuk merangkaikan angka dengan akhiran -an.

  1. Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau, kuda-kuda
  2. rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika, Insya-Allah.
  3. Ke-60, ke-10
  4. Mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5.
  5. 60-an, 70-an, 80-an, 90-an
  6. Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada tahun 60-an.
Tanda Noktah Bertindih ( : )

  1. Digunakan untuk menambahkan penjelasan dalam sesuatu ayat.
  2. Digunakan untuk menggantikan maksud iaitu.
  3. Digunakan untuk memisahkan watak dengan dialog dalam sesuatu perbualan.
  4. Digunakan untuk menerangkan sesuatu dalam ayat.

  1. Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh: Jika tidak berpelajaran, kita akan di pandang hina.
  2. Kita mesti membantu orang yang dalam kesusuhan : sikap yang disukai masyarakat
  3. Cikgu : Mengapa awak tidak datang ke sekalah semalam ?
  4. Sani : Saya tidak sengaja. Saya lewat bangun.
  5. Di dalam beg ini ada :
    i- buku
    ii- pensil
    iii- pembaris
    iv- pemadam
Tanda Koma Bertindah ( ; )

  1. Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat yang setara dengan keadaannya.
  2. Digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang menggunakan kata hubung.

  1. Bawakan barang-barang ini dan berikan kepada Pak Yusof ; cangkul, sabit dan penggali.
  2. Kami semua lulus dalam ujian matematik ; Manisah 80 markah, Tina 82 markah dan saya sendiri 88 markah.
  3. Dia seorang budak yang baik ; kami semua sayang kepadanya.
  4. Buktikan kepandaian kamu ; kalahkan pasukan mereka.
Tanda Pengikat Kata atau Petik ( "...")

  1. Digunakan untuk menulis cakap ajuk.
  2. Digunakan untuk menulis nama buku, majalah, cerita, sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat.

  1. Saya hendak pergi ke perpustakaan,"kata Ghani."
  2. Adnan berkata, "Sayalah pemain yang menjaringkan gol itu."
  3. Cikgu Hashimi menulis sebuah buku bertajuk, "Penggunaan Tatabahasa dalam U.P.S.R."

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk


Ayat Tunggal

  1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.


    Contoh : Lelaki gemuk itu sedang menembak burung.
    Subjek  =  Lelaki gemuk itu
    Predikat  =  sedang menembak burung.


Ayat Majmuk

  1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan olehperkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
  2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.

    Contoh :
    1. Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
    2. Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
    3. Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )


PEMAJMUKAN
Kata Majmuk

  1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
  2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
  3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
  4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
  5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
  6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.

Bentuknya
  1. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
  2. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
  3. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
  4. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
  5. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
    1. kata nama majmuk;
    2. kata bilangan majmuk;
    3. kata adjektif majmuk;
    4. kata kerja majmuk;
    5. kata sendi majmuk;
    6. kata keterangan majmuk;
    7. Kata hubung majmuk.
  6. Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.


    Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
  7. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
  8. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
  9. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.

    Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
  10. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat.

    Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
  11. Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
  12. Kata keterangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
  13. Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.


Tugasnya

  1. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
    1. menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
      air (kata nama) + mata (kata nama)
      air mata (kata nama)
      lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)
      lemah lembut (kata adjektif)
      mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)
      mogok duduk (kata kerja)
      dari (kata sendi) + pada (kata sendi)
      daripada (kata sendi)
    2. mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
      apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)
      apabila (kata nama)
      alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)
      alim utama (kata nama)
      gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)
      gulung tikar (kata kerja)
      tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)
      tumbuk rusuk (kata nama)
      cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)
      cerdik pandai (kata nama)
      lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)
      lalu lintas (kata nama)
      banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)
      banyak mulut (kata adjektif)
      lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)
      lambat laun (kata keterangan)

Maknanya

  1. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
    1. kata majmuk wajar;
    2. kata majmuk kiasan
  2. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna kata-kata yang menjadi komponennya.

    Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
  3. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.

    Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kena-mengena dengan buah ataupun hati.

    Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
  4. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
    adat istiadat
    alih bahasa
    bahasa pasar
    bakul sampah
    batang hidung
    cakera padat
    cantik jelita
    daya cipta
    dengki hati
    emas putih
    esok hari
    gagah berani
    galah canggah
    rendah hati
    sabun mandi
    sihat akal
    gunung api
    hancurlebur
    harga borong
    hitam manis
    ikan parang
    inti sari
    isi perut
    juling air
    kaca mata
    kerak bumi
    otak depan
    olah raga
    pagar duri
    pindah tangan
    rabun jauh
    tahan lasak
    kongsi gelap
    lampu duduk
    lipat ganda
    lubang hidung
    mabuk taut
    merah jambu
    minyak makan
    naik takhta
    nenek moyang
    orang gaji
    tuan rumah
    udang galah
    uji kaji
    wang saku
    warta berita
    zat air
  5. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
    akal kancil
    anak angkat
    anak baju
    anak emas
    anak kunci
    batu loncatan
    banyak mulut
    buah mulut
    bulan madu
    cahaya mata
    cakap angin
    campur tangan
    cekak musang
    dapur susu
    mata hari
    naik darah
    nyawa ikan
    otak udang
    tangan besi
    timbang rasa
    darah daging
    datang bulan
    daun pintu
    emas kahwin
    embun jantan
    filem bisu
    gaji buta
    gantung kemudi
    gatal mulut
    gunung payung
    habis akal
    lalat hijau
    lebar mulut
    lemah semangat
    lepas tangan
    main angin
    malam buta
    sampai hati
    tali barut
    tanah air
    hajat besar
    harga diri
    ibu ayam
    isi hati
    jalan bahasa
    jauh hati
    kaki tangan
    karat hati
    kata dua
    kecil hati
    kereta api
    papas hati
    panjang tangan
    pasar gelap
    patah hati
    rendah hati
    sagu hati
    sakit hati
    tumbuk rusuk

KataGantiNama



Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum,Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

Kata ganti diri terdiri daripada:


  1. kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
  2. kata ganti diri singkat;
  3. kata ganti tanya;
  4. kata ganti tempat; dan
  5. kata ganti tak tentu.


Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama

  1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
  2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua


Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
Contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang


Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk
Contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita


Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua

  1. Awak pekerja yang patuh.
  2. Kamu semua adalah murid yang baik.
  3. Guru mencari engkau.
  4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
  5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga, kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang


Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.

  1. Dia pegawai pendidikan.
  2. Mereka itu orang India.
  3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
  4. Ia diburu oleh pihak polis.
  5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
  6. Dia menolong bapanya.
  7. " tunggu di sini. Biar ku siasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.


Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka


Kata Ganti Tanya

  1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
  2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah "kah" dan tanda soal.
  3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan
apakah
siapakah
manakah
bilakah
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
berapakah


Kata Ganti Nama
Penggunaannya
apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat


Contoh ayat

  1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
  2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
  3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
  4. Nama pokok itu apa ?
  5. Pemuda kacak itu siapa ?


Kata Ganti Tempat

  1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
  2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Tempat
Penggunaannya
sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap
situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana
Benda, orang, Binatang
ini, itu
Tempat
sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan
begini, begitu, demikian


Contoh ayat

  1. Ini langsat.
  2. Itu kucing.
  3. Pokok itu rendah sahaja.
  4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.


Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.

  1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
  2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
    1. subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
      1. Ini komputer.
      2. Itu rumah Sally.
    2. penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya:
      1. Kotak ini berat.
      2. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.

  1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
  2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Ayat-ayat contoh
apa-apa

  1. Entah apa-apa yang dibawanya
  2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
Siapa-siapa

  1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
  2. Siapa-siapa saja boleh menyaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana

  1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
  2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Tentu
sapa-sapa
mana-mana, masing-masing,
seseorang,dan sesuatu
siapa-siapa atau sesiapa
Penggunaannya
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

KataTanya



  1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
  2. Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
  3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel "kah" apabila digunakan di awal ayat tanya.
  4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
  5. Partikel "kah" tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.


    contoh
    1. Apakah benda itu ?
    2. Buku siapakah ini ?
kenapa
Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bila
Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapa
Engkau ini siapa ?
mengapa
Mengapakah baju awak ini basah ?
apa
Apakah nama binatang itu ?
bagaimana
Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa
Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana
Nelayan itu dari mana ?