Wednesday, November 23, 2011
Monday, November 21, 2011
Penjodoh Bilangan
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang
menunjukkan jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang,
buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti
yang berikut:
Penjodoh Bilangan | Penggunaannya | Contohnya |
angkatan | untuk sekumpulan manusia atau benda | kapal, tentera, pelukis, penulis |
baris | untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris | orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi |
batang | untuk menunjukkan benda-benda yang panjang | sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum |
bentuk | untuk benda-benda kecil yang berkeluk | mata kail, subang, cincin |
berkas | untuk benda-benda yang diikat bersama-sama | kunci, lidi, kayu |
bidang | untuk benda-benda yang terbentang luas | tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar |
biji | untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil | labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas |
Bilah | untuk benda-benda yang tajam | parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris |
buah | untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu | kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera |
buku | untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah | sabun, roti, benang |
butir | untuk benda-benda yang bulat atau kecil | telur, batu, manik, beras, peluru |
carik/cebis | untuk benda-benda yang dikoyakkan | kertas, kain |
cubit | untuk benda yang diambil sedikit dengan jari | garam, gula, kunyit |
cucuk | untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi | sate |
das | untuk bunyi letupan atau tembakan | meriam, pistol, senapang |
deret | untuk benda-benda yang tersusun | bangunan, rumah, kedai, kereta |
ekor | untuk semua jenis binatang | nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama |
genggam | untuk benda-benda yang digenggam | pasir, beras, padi |
gugus | untuk buah-buah ataupun benda | anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci |
gulung | untuk benda-benda yang bergulung | filem, permaidani, tikar, dawai, kertas |
helai | untuk benda-benda yang nipis dan lebar | daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput |
ikat | untuk benda-benda yang diikat | kayu, lidi, tebu, sayur, papan |
iris | untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil | bawang, timun, daging, buahbuahan |
jambak | untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai | bunga, kunci |
kaki | untuk benda-benda yang bertangkai | payung, cendawan, bungs |
kawan | untuk kumpulan haiwan | lembu, kambing, lebah, gajah, merpati |
kelompok | untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda | burung, awan, pulau, bintang |
kepal | untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan | nasi, pulut, tanah |
keping | untuk benda-benda yang nipis atau pipih | roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah |
kerat | untuk bahagian benda-benda yang dipotong | roti, tiang |
Ketul | untuk benda-benda yang berketul dan padu | ais, daging, tulang, sabun, roti |
Kotak | untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak | mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk |
kuntum | untuk bungs | mawar, melati, anggerik |
Laras | untuk senjata api | pistol, senapang, meriam |
lembar | benda-benda yang lurus dan panjang | kertas, dawai, benang |
longgok | untuk benda-benda yang berada dalam longgokan | durian, pakaian, tanah, cili |
naskhah | untuk bahan bacaan yang berjilid | surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku |
Orang | untuk manusia | guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen |
Papan | untuk benda-benda yang berbentuk kepingan | coklat, petai, mercun |
pasang | untuk benda dan manusia yang berpasangan | pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak |
pangsa | untuk bahagian dalam buah | durian |
pasukan | untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam | pemain kompang, polis, tentera pengakap |
patah | untuk kata | perkataan, kata-kata |
potong | untuk benda-benda yang sudah dipotong | kuih, daging, roti |
pucuk | untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api | jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung |
puntung | untuk sebahagian benda yang masih menyala | rokok, bara, kayu api |
rangkap | untuk puisi | pantun, sajak, syair |
rawan | untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat | jala, jaring, pukat |
ruas | untuk benda yang beruas-ruas | tebu, buluh |
rumpun | untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat | buluh, tebu, serai, pandan, padi |
sikat/sisir | untuk buah pisang | pisang |
tandan | untuk buah-buahan yang bertandan | pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit |
tangkai | untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai | rambutan, duku, kenanga, padi, daun |
titik | untuk cecair yang menitis | air, darah, dakwat, embun |
tongkol | untuk buah yang bertongkol | jagung |
ulas | untuk isi buah-buahan yang berpangsa | durian, limau, nangka, cempedak |
urat | untuk benda-benda yang halus dan panjang | rambut, benang, dawai, |
utas | untuk benda-benda yang panjang | tali, dawai, rantai |
Kata Seru
- Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
- Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
- Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
- Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
| Kata Seru | Penggunaannya | Ayat Contoh |
| aduh | untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum | 1. Aduh, sakitnya tanganku! 2. Aduh, besarnya rumahmu! |
| aduhai | untuk menyatakan perasaan sedih | Aduhai, malang sungguh nasibku! |
| ah | untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu | 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! |
| amboi/wah | untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum | 1. Amboi, mahal betul kereta itu! 2. Wah, berani betul budak itu! |
| cis/cih | untuk menyatakan perasaan marah dan benci | 1. Cis, berani dia menentangku! 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! |
| eh | untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut | 1. Eh, kamu sudah sampai! 2. Eh, tadi dia ads di sini! |
| hai | untuk menegur seseorang atau menarik perhatian | 1. Hai, diamlah sikit! 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu! |
Contoh lain kata seru dan ayat
| Kata Seru | maksud | Contoh ayat |
| wahai | menyatakan perasaan sayang atau merayu | Wahai adik ku sayang ! |
| amboi | menunjukkan perasaan kagum | Amboi, tingginya bangunan KLCC ini ! |
| hai | | Hai, ke mana kamu menghilang selama ini ! |
| nah | | Nah, terimalah habuanmu ! |
| aduh | perasaan sakit | Aduh, sakitnya tanganku ini ! |
| wah | perasaan hairan | Wan, cantiknya merak ini ! |
| ceh | | Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! |
| bedebah | marah | Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku ! |
| cis | marah atau jijik | Cis, awak rupanya yang menjadi batu api ! |
| oh | terkejut hairan, gembira atau mengharap | Oh, itu rupanya rumah kamu ! Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku ! |
| eh | hairan | Eh, bila ia terjadi ! |
| syabas | gembira, puas, memuji atau ucap tahniah | Syabas, awak berjaya juga akhirnya ! |
| alahai | menghina | Alahai, itu pun awak tak boleh buat ! |
| alamak | terkejut | Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! |
| ha | hairan | Ha, budak itu yang menang ! |
| Ya-Allah | terkejut | Ya-Allah, apa akan berlaku nanti ! |
| Masya- Allah | hairan atau marah | Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu ! |
Tanda Baca
- Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
- Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
- Tanda baca utama ialah :
Tanda Noktah atau titik ( . ) Tanda koma ( , ) Tanda tanya atau soal ( ? ) Tanda seruan ( ! ) Tanda sempang atau sengkang ( - ) Tanda noktah bertindih ( : ) Tanda pengikat kata atau petik ( "..." )
Huruf Besar
| Penggunaan | Contoh ayat |
| a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat. |
|
| b) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung. |
|
| c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah |
|
| d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang |
|
| e) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang |
|
| f) digunakan diawal nama khas |
|
| g) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa |
|
| h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung |
|
Tanda Titik atau noktah.
| Tanda titik digunakan... | Contohnya |
| (a) pada akhir ayat yang bukan pertanyaan atau seruan |
|
| (b) pada akhir singkatan nama orang |
|
| (c) sebelum tanda penutup kata (") dalam cakap ajuk |
|
| (d) untuk menunjukkan angka perpuluhan |
|
Tanda Koma (,)
| Tanda koma digunakan... | Contohnya |
| (a) bagi mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat |
|
| (b) di belakang kata seru |
|
| (c) untuk menandakan tempat berhenti sebentar. |
|
| (d) di belakang kata penghubung pada awal ayat |
|
| (e) untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza |
|
| (f) sebelum tanda pembuka kata (") dan penutup kata (") dalam cakap ajuk |
|
Tanda Tanya (?)
| Tanda tanya digunakan... | Contohnya |
| (a) pada akhir ayat tanya |
|
| (b) pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata (") |
|
Tanda Seru (!)
| Tanda seru digunakan... | Contohnya |
| (a) sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat |
|
Tanda Titik Bertindih (:)
| Tanda titik bertindih digunakan... | Contohnya |
| (a) pada akhir sesuatu penyataan apabila diikuti oleh rangkaian |
|
| (b) untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu |
|
Tanda Koma Bertitik (;)
| Tanda koma bertitik digunakan | Contohnya |
| (a) untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara |
|
| (b) pada baris pertama pantun dua erat |
|
| (c) pada baris kedua pantun empat kerat |
|
Tanda Sempang (-)
| Tanda sempang digunakan... | Contohnya |
| (a) untuk menyambungkan kata yang diulang dan kata ganda |
|
| (b) untuk merangkaikan:
|
|
| (c) memisahkan huruf kecil daripada huruf besar |
|
Tanda Petik ("...")
| Tanda petik digunakan | Contohnya |
| (a) untuk mengapit petikan langsung |
|
| (b) pada jadual rencana, karangan, novel, puisi, dan sebagainya |
|
| Ringkasan | Contoh ayat |
| Huruf Besar
|
|
| Tanda noktah atau titik ( .)
|
|
| Tanda koma ( , )
|
|
| Tanda Tanya atau soal ( ? )
|
|
| Tanda Seruan ( ! )
|
|
| Tanda Sempang atau Sengkang ( - )
|
|
| Tanda Noktah Bertindih ( : )
|
|
| Tanda Koma Bertindah ( ; )
|
|
| Tanda Pengikat Kata atau Petik ( "...")
|
|
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
Ayat Tunggal
- Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
- Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
- Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh
Contoh :
- Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
- Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
- Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
- Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
- Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
- Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
- Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
- Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
- Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
- Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
- Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
- Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
- Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
- Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:
- kata nama majmuk;
- kata bilangan majmuk;
- kata adjektif majmuk;
- kata kerja majmuk;
- kata sendi majmuk;
- kata keterangan majmuk;
- Kata hubung majmuk.
- Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.
Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
- Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
- Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
- Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
- Kata kerja majmuk ada juga yang terikat.
Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
- Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
- Kata keterangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
- Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
- Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
- menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama)air mata (kata nama)lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)lemah lembut (kata adjektif)mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)mogok duduk (kata kerja)dari (kata sendi) + pada (kata sendi)daripada (kata sendi) - mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)apabila (kata nama)alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)alim utama (kata nama)gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)gulung tikar (kata kerja)tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)tumbuk rusuk (kata nama)cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)cerdik pandai (kata nama)lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)lalu lintas (kata nama)banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)banyak mulut (kata adjektif)lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)lambat laun (kata keterangan)
- menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
Maknanya
- Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
- kata majmuk wajar;
- kata majmuk kiasan
- Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
- Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.
Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kena-mengena dengan buah ataupun hati.
Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
- Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadatalih bahasabahasa pasarbakul sampahbatang hidungcakera padatcantik jelitadaya ciptadengki hatiemas putihesok harigagah beranigalah canggahrendah hatisabun mandisihat akalgunung apihancurleburharga boronghitam manisikan paranginti sariisi perutjuling airkaca matakerak bumiotak depanolah ragapagar duripindah tanganrabun jauhtahan lasakkongsi gelaplampu duduklipat gandalubang hidungmabuk tautmerah jambuminyak makannaik takhtanenek moyangorang gajituan rumahudang galahuji kajiwang sakuwarta beritazat air - Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancilanak angkatanak bajuanak emasanak kuncibatu loncatanbanyak mulutbuah mulutbulan maducahaya matacakap angincampur tangancekak musangdapur susumata harinaik darahnyawa ikanotak udangtangan besitimbang rasadarah dagingdatang bulandaun pintuemas kahwinembun jantanfilem bisugaji butagantung kemudigatal mulutgunung payunghabis akallalat hijaulebar mulutlemah semangatlepas tanganmain anginmalam butasampai hatitali baruttanah airhajat besarharga diriibu ayamisi hatijalan bahasajauh hatikaki tangankarat hatikata duakecil hatikereta apipapas hatipanjang tanganpasar gelappatah hatirendah hatisagu hatisakit hatitumbuk rusuk
KataGantiNama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum,Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
Kata ganti diri terdiri daripada:
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
- Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
- Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
| Kata Ganti Diri Pertama | Penggunaannya |
| aku (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan |
| saya (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi |
| hamba (tunggal) | digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu |
| patik (tunggal) | digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan |
| beta (tunggal) | digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat |
| kami (jamak) | digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua |
| kita (jamak) | digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua |
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
| Bentuk | Contoh kata nama diri pertama |
| tunggal | beta, patik, aku, saya |
| jamak | kita, kami, kita orang |
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :
| Bentuk | Contoh kata Ganti Diri kedua |
| Tunggal | tuanku, wak, kamu, anda, engkau |
| Jamak | kalian |
| Kata Ganti Diri Kedua | Penggunaannya |
| anda (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita |
| awak (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
| engkau (tunggal) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga |
| tuanku (tunggal) | digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja |
| kalian (jamak) | digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap |
| kamu (tunggal dan jamak) | digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita |
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
- Awak pekerja yang patuh.
- Kamu semua adalah murid yang baik.
- Guru mencari engkau.
- Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
- Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga, kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
| Bentuk | Contoh kata ganti diri ketiga |
| tunggal | ia, dia, beliau, baginda |
| jamak | mereka |
| Kata Ganti Diri Ketiga | Penggunaannya |
| baginda (tunggal) | digunakan untuk raja dan sultan |
| beliau (tunggal | digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin |
| dia dan ia (tunggal) | digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan |
| mereka (jamak) | digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang |
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
- Dia pegawai pendidikan.
- Mereka itu orang India.
- Beliau banyak membantu penduduk di situ.
- Ia diburu oleh pihak polis.
- Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
- Dia menolong bapanya.
- " tunggu di sini. Biar ku siasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
| Kata Ganti Nama Diri | Tunggal | Bilangan Banyak / Jamak |
| Diri Pertama ( Orang yang bercakap ) | aku saya patik hamba | kami kita |
| Diri Kedua ( Orang yang dilawan bercakap ) | awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuanku | awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalian |
| Diri Ketiga ( Orang yang diceritakan halnya) | dia ia nya beliau baginda | mereka |
Kata Ganti Tanya
- Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
- Kata ganti nama pertanyaan ditambah "kah" dan tanda soal.
- Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
| Benda | Orang | Tempat | Masa | Hal | Bilangan | |
| apakah | siapakah | manakah | bilakah | bagaimanakah kenapakah mengapakah | berapakah | |
| Kata Ganti Nama | Penggunaannya |
| apa | digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan |
| siapa | digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang |
| mana | digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat |
Contoh ayat
- Bilakah engkau pergi ke bandar ?
- Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
- Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
- Nama pokok itu apa ?
- Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
- Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
- Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
| Kata Ganti Tempat | Penggunaannya |
| sana | digunakan untuk tempat yang dianggap jauh |
| sini | digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap |
| situ | digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana |
| Benda, orang, Binatang | ini, itu |
| Tempat | sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur) sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh) situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh) |
| Keadaan | begini, begitu, demikian |
Contoh ayat
- Ini langsat.
- Itu kucing.
- Pokok itu rendah sahaja.
- Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
- Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
- Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
- subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
- Ini komputer.
- Itu rumah Sally.
- penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya:
- Kotak ini berat.
- Saya belajar di sekolah itu.
- subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
Kata Ganti tak tentu.
- Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
- Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
| Kata Ganti Umum / Tak Tentu | Ayat-ayat contoh |
| apa-apa |
|
| Siapa-siapa |
|
| Mana-mana |
|
| Kata Ganti Tak Tentu sapa-sapa mana-mana, masing-masing, seseorang,dan sesuatu siapa-siapa atau sesiapa | Penggunaannya digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu |
KataTanya
- Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
- Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
- Kata tanya mesti diikuti oleh partikel "kah" apabila digunakan di awal ayat tanya.
- Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.
- Partikel "kah" tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
contoh- Apakah benda itu ?
- Buku siapakah ini ?
| kenapa | Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ? |
| bila | Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? |
| siapa | Engkau ini siapa ? |
| mengapa | Mengapakah baju awak ini basah ? |
| apa | Apakah nama binatang itu ? |
| bagaimana | Bagaimanakah rupa hantu ? |
| berapa | Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ? |
| mana | Nelayan itu dari mana ? |
Thursday, November 17, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)